Laporan

Kursus Pemantapan Pengurusan Zakat MAIDAM

E-mail Print PDF

Pada 30 hingga 31 Julai 2010 telah berlangsungnya Kursus Pemantapan Pengurusan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Kursus ini dianjurkan oleh pihak MAIDAM bagi meningkatkan tahap kecekapan pengurusan dalam kutipan zakat dan meningkatkan keberkesanan dalam pengagihan dana zakat. Kursus yang melibatkan seramai 37 orang perserta ini juga diharapkan dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi di kalangan kakitangan MAIDAM.   Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pakar IKaZ, iaitu Prof. Madya Dr. Arifin Md Salleh, Prof. Madya Hj. Musa Ahmad, Dr Rozman Md Yusof dan En. Mohd Saiyidi Mokhtar Mat Roni. Sebanyak 4 modul telah dibentang sepanjang 2 hari kursus ini dijalankan. Selaras dengan matlamat, kursus ini juga telah memberi pendedahan kepada para peserta yang telah diketuai oleh En. Hishamliza Bin Zakaria (Penolong Setiausaha Pentadbiran dan Keurusetiaan MAIDAM) bagi meningkatkan strategi pemasaran dalam pengurusan zakat dan seterusnya meningkatkan tahap tadbir urus zakat sejajar dengan kehendak syarak dan kepentingan ummah.

Last Updated on Thursday, 20 January 2011 16:15

Bengkel IKaZ Bersama Industri Siri 6/ 2010

E-mail Print PDF

Komposisi sumber ekonomi negara yang berkembang dengan asas pelbagai sektor merupakan sumber hasil dan pendapatan kepada negara dan kebajikan ummah. Zakat merupakan salah satu sumber kepada negara khususnya dalam konteks pembangunan umat Islam. Semenjak kerajaan mengambil pelbagai langkah yang proaktif, prestasi kutipan zakat pada hari ini telah meningkat dengan signifikan. Pada keseluruhannya, semua institusi zakat di negara ini telah menunjukkan peningkatan kutipan yang agak memberansangkan.   Namun begitu masih banyak lagi usaha yang boleh dimainkan oleh semua pihak ke arah meningkatkan lagi prestasi kutipan dan juga agihan zakat. Justeru itu, dalam usaha meningkatkan prestasi institusi zakat, maka pengurusan kutipan dan pengagihan perlulah diperkasakan.Sehubungan dengan itu, IKaZ meneruskan perbincangan itu dengan menganjurkan Bengkel IKaZ bersama Industri Ke-6 yang telah diadakan  pada 5 Mac 2010 bertempat di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) yang mana ia adalah merupakan sebahagian dari usaha untuk mencapai matlamat murni ini.   Antara objektif bengkel ini adalah bagi menyediakan peluang perbincangan serta perbahasan di kalangan para peserta dengan tokoh-tokoh yang mempunyai autoriti dalam bidang zakat selain bagi mempertingkatkan kefahaman serta ruang penyelidikan dalam zakat serta memperkasakan hubungan IKaZ, UiTM dengan pihak industri luar khususnya di kalangan tokoh-tokoh dalam bidang zakat.

Bengkel ini dihadiri di kalangan para pembentang kertas kerja yang sangat berpengalaman di dalam membicarakan hal ehwal zakat termasuklah tokoh Maal Hijrah tahun 1431 Hijrah yang lepas iaitu Dato’ Paduka Prof. Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid selain nama-nama besar yang lain seperti Prof.Madya Dr. Sanep Ahmad (UKM), Ibu Nana Mintarti (IMZ, Indonesia), Tn.Hj. Mohamad Hassan Esa (IZO), Prof. Madya Hj.Musa Ahmad (IKaZ,UiTM), Dr.Mujaini Tarimin (KUIS), Pn. Hjh. Adibah Abd Wahab (LZS), Prof. Madya Dato’ Hj. Mokhtar Shafii (Pengerusi Panel Syariah Takaful Ikhlas), Dato’ Dr. Hj. Sohaimi Hj. Mohd Salleh (JAWHAR) juga Dr. Patmawati Ibrahim (UM), Tn. Hj. Abd Aziz Abu Bakar (M.A.T.A) dan ustaz Ab Rahim Ibrahim (IKaZ,UiTM).

Last Updated on Thursday, 20 January 2011 16:15

Kajian Keberkesanan Agihan Zakat di Malaysia

E-mail Print PDF

Zakat pada asasnya, diagihkan mengikut hukum syarak (Al-Taubah:60) dan peruntukan undang-undang yang telah diluluskan. Pada tahun 2008 secara puratanya pengagihan zakat di negeri adalah di antara 40% hingga 80% dari jumlah kutipan. Dana zakat sebahagian besar diagihkan kepada asnaf-asnaf fakir, miskin, fisabilillah dan amil. Perbezaan ketara agihan dana zakat di antara negeri-negeri mengundang persoalan oleh masyarakat mengenai kecekapan pengurusan institusi zakat.       Perbezaan ini dikhuatiri menjejaskan prestasi dan keyakinan  masyarakat terhadap peranan institusi tersebut. Sehubungan dengan itu, IKaZ telah membuat satu kajian lapangan yang bermula pada 23 November hingga 11 Disember 2009 untuk mengkaji beberapa persoalan seperti penentuan tahap keberkesanan pengurusan dan pengagihan zakat oleh institusi zakat di Malaysia.

Turut dikaji ialah keperluan penyelarasan dalam pengurusan zakat dan impak agihan zakat yang dibuat tanpa melalui institusi zakat. Skop kajian ini adalah meliputi institusi zakat di lima negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Terengganu dan Perlis. Populasi responden bagi kajian ini terdiri daripada asnaf, kakitangan bahagian agihan zakat, ketua jabatan institusi zakat, Ketua Eksekutif Korporat  (yang berpotensi untuk mengagihkan zakat sendiri tanpa melalui institusi zakat)  serta Exco Agama Negeri. Hasil daripada kajian ini telah diserahkan kepada pihak Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) untuk tindakan lanjut.

Last Updated on Thursday, 20 January 2011 16:15

Seminar Indonesia Zakat & Development Report (IZDR) 2010 dan Penganugerahan IMZ Award

E-mail Print PDF

Dalam rangka mencapai sinergi antara pemerintah dan masyarakat dalam pengelolaan zakat nasional, IMZ (Indonesia Magnificence of Zakat) bersama FOZ (Forum Zakat) dan Pusat Ekonomi dan Bisnis Syariah (PEBS) FE UI telah mengadakan seminar Indonesia & Development Report 2010 dan Anugerah IMZ Award. Acara ini diadakan di Auditorium Utama Menara Bank Syariah Mandiri Lt. di Jakarta Pusat pada 23 Disember 2009.   Seminar ini melibatkan penyertaan para penceramah dari pelbagai bidang antaranya Ahmad Juwaini, selaku Ketua FOZ, Yusuf Wibisono yang mewakili Direktur PEBS FE termasuk penceramah jemputan dari Malaysia iaitu Timbalan Pengarah IKaZ,UiTM iaitu PM. Dr. Abd Halim Mohd Noor yang mana membincangkan mengenai Kinerja dan Proyeksi Perzakatan Nasional di Malaysia 2010. Hadir bersama Ir. Nana Mintarti selaku MP Direktur IMZ, yang membentangkan makalah Indonesia Zakat and Development Report 2010: Kondisi dan Kinerja Perzakatan Nasional serta Proyeksi ke Depan. Kertas kerja para pembentang selain diseminarkan, ianya juga akan diterbitkan dalam bentuk buku IZDR 2010 yang akan diedarkan secara meluas kepada seluruh institusi zakat Indonesia serta masyarakat umum.

Manakala, IMZ Award pula merupakan Penganugerahan tertinggi yang diberikan IMZ kepada individu atau organisasi yang telah berusaha dan berjasa dalam pengembangan profesionalisme zakat. IKaZ bertuah memenangi bagi kategori keempat iaitu “The Best Zakat Research Development” berikutan IKaZ merupakan salah satu pusat kajian di UiTM yang terserlah kemampuannya dalam melakukan kajian tentang zakat yang tidak diragui lagi. Ini disokong dengan tenaga-tenaga pakar yang begitu arif dalam bidang masing-masing yang memainkan peranan utama bagi kejayaan setiap penyelidikan yang dilakukan. IKaZ sehingga kini dianggap menjadi contoh institusi zakat yang mengkaji dan meneroka bidang zakat di seluruh pelusuk Asia Tenggara yang boleh dibanggakan.

Last Updated on Thursday, 20 January 2011 16:16

Bengkel Zakat E-Science

E-mail Print PDF

Penubuhan IKaZ yang berorentasikan penyelidikan dan perundingan (R&D) telah aplikasikan dengan penganjuran Bengkel Zakat E-Science yang berlangsung pada 2 April 2010 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor.  Bengkel yang mempunyai objektif untuk member peluang kepada para penyelidik IKaZ membincangkan dan mengenal pasti isu-isu zakat yang boleh dilanjutkan sebagai projek penyelidikan e-Science, memperoleh khidmat nasihat dalam penyediaan proposal e-Science bagi mendapatkan geran penyelidikan e-Science dan mempertingkatkan motivasi para penyelidik IKaZ untuk menyempurnakan semua tugasan penyelidikan dan mengangkat martabat budaya kesarjanaan universitil.

Para peserta bengkel yang terdiri dari para penyelidik IKaZ, wakil PPZ-MAIWP, LZS, MATA, USIM, UKM dan RMI-UiTM telah berjaya mencambah beberapa idea tajuk penyelidikan untuk mendapatkan geran e-Science.

Dari hasil bengkel ini, IKaZ berharap tajuk-tajuk penyelidikan yang dicadangkan boleh diterima untuk geran e-Science agar dapat meningkatkan lagi kecermerlangan zakat di Malaysia InsyaAllah.

Last Updated on Thursday, 20 January 2011 16:16