Lawatan Kerja Delegasi The Indonesia Magnificience of Zakat (IMZ) dan BAZ Provinsi Riau

E-mail Print PDF

Pada 9 November 2009 yang lalu bertempat di Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah UiTM Shah Alam, Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ) telah menerima lawatan kerja daripada Delegasi The Indonesia Magnificience of Zakat (IMZ) dan BAZ Provinsi Riau . Delegasi telah disertai oleh En. Kushardanta, Direktur Eksekutif IMZ dan juga Pn. Nana Mintarti, Direktur Utama IMZ disambut oleh PM. Dr. Hj. Muhamad Rahimi Osman, Pengarah IKaZ bersama PM. Dr. Hasan Bahrom, Setiausaha IKaZ dan felo-felo IKaZ. Lawatan kerja ini juga turut disertai oleh En. H.Nurhadi dan rombongan dari BAZ Provinsi Riau.


Antara objektif kunjungan ini adalah sebagai usaha pihak IMZ untuk menambah baik hubungan kerjasama antara IKaZ dan IMZ yang terjalin selama ini di samping melihat kegiatan yang dijalankan oleh IKaZ. Di kesempatan ini juga para delegasi dan warga IKaZ dapat bertemu bagi membincangkan hal-hal berkaitan hubungan kerjasama antara IKaZ dengan IMZ.
Sesi perbincangan dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengarah IKaZ dan ucapan balas wakil IMZ. Seterusnya PM. Dr. Hasan Bahrom, Setiausaha IKaZ membentangkan pembentangan bertajuk “Pengkopratan Institusi Zakat di Malaysia”.

Sesi perbincangan berakhir sekitar jam 4.30 petang dan para delegasi bersama staff IKaZ selaku pengiring bertolak ke Melaka untuk meneruskan lawatan kerja ke IKaZ Melaka dan Pusat Zakat Melaka  pada keesokannya.
Diharap pertemuan IKaZ bersama IMZ ini dapat memantapkan lagi aktiviti yang akan datang sekaligus menguatkan potensi zakat demi kesejahteraan dan ekonomi sosial ummat secara amnya.