Pingat Perak dan Gangsa 7th Invention, Innovation & Design 2010

E-mail Print PDF

Selari dengan misi menobatkan zakat ke arah memartabatkan ummah melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D), penerbitan, jaringan, latihan dan sistem maklumat yang berlandaskan etika kesarjanaan serta keprofesionalan IKaZ sekali lagi telah menyahut cabaran dengan menyertai 7th IID 2010 yang telah berlangsung di Dewan Seri Budiman & Annexe, UiTM Shah Alam. Bermula dari  12 hingga 14 Januari 2010 telah berlangsungnya 7th IID 10 yang mana telah menghimpunkan beratus penyertaan dari seluruh UiTM di Malaysia. Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ) telah turut serta dengan mempertaruhkan dua produk hasil penyelidikan untuk diadili yang mana kedua-dua produk telah mendapat pengiktirafan di Let’s IID 09 iaitu Kalkulator Zakat Mudah Alih@Zakatfon dan i-masjid @ Aplikasi Pengurusan Profesional Masjid.
Beserta objektif dan hasrat murni berkongsi pengalaman dan kepakaran kepada setiap pengunjung terutama para pensyarah, staf dan juga pelajar yang berminat dan ingin mendalami cara yang betul untuk melibatkan diri di samping mendapatkan idea untuk menjalankan kajian-kajian dan inovasi yang boleh dihasilkan.
Meneruskan  kecemerlangan apabila merangkul pingat perak untuk i-masjid @ Aplikasi Pengurusan Profesional Masjid  dan pingat gangsa untuk Kalkulator Zakat Mudah Alih@Zakatfon.