Invention, Innovation & Design UiTM Melaka 2009

E-mail Print PDF

Pada 13 Oktober 2009, bertempat di Dewan Bendahara Universiti teknologi MARA, Alor Gajah Melaka telah berlangsung Invention, Innovation & Design UiTM Melaka anjuran Penyelidikan & Jaringan Industri (PJI). Sebagai langkah proaktif dan komitmen terhadap universiti Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ) telah mengambil bahagian di dalam acara tersebut. Hasil kajian yang telah memenangi anugerah menerusi IID08 anjuran RMI dan ITEX 08 dipamerkan.

IKaZ sekali lagi memperlihatkan kecemerlangan apabila memenangi pingat emas untuk Kalkulator Zakat Mudah Alih@Zakatfon, pingat perak untuk i-masjid @ Aplikasi Pengurusan Profesional Masjid serta The Best Poster bagi tajuk Zakatfon.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam sama-sama menjayakan usaha ini.