Wacana Zakat : “Perbahasan dan Pelaksanaan Zakat Pendapatan di Malaysia : Satu Pengalaman”

E-mail Print PDF

Pada 22 Januari 2010 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat CITU, Universiti Teknologi MARA Melaka telah diadakan Wacana Zakat yang bertajuk Perbahasan dan Perlaksanaan Zakat Pendapatan di Malaysia; Satu Pengalaman” anjuran Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ) dengan kerjasama CITU UiTM Melaka.
Program ini yang bertujuan  menyediakan platform perkongsian maklumat dan pengalaman bagi meningkatkan kefahaman berkaitan zakat di kalangan pengkaji zakat di Universiti Teknologi MARA telah disempurnakan oleh panel jemputan iaitu Dr. Ab Rashid Hj Dail dan telah disertai 30 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan IKaZ, CITU dan pensyarah UiTM Melaka.
Harapan pihak penganjur dan para peserta adalah semoga program seumpama ini akan diteruskan dan dijadikan program tahunan dalam usaha perkongsian ilmu yang bermakna dan meningkatkan lagi kecemerlangan zakat di Malaysia.